作者:Azeanil Fazira 6 年以前
355
TITAS 2.4
Floating topic
ASAS TAMADUN ISLAM
- Terbina atas dasar akidah dan diikat dengan syariah dan akhlak.
Akhlak
- Al-Khuluq bemaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat. Imam al-Ghazali mendefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang.
- Mahmudah ialah perbuatan baik dan terpuji menurut akal dan Syariah terbit dari jiwa.
- Mazmumah ialah perbuatan buruk seperti menyekutukan Allah dan menipu.
- Akhlak membezakan manusia dengan haiwan.
- Seseorang yang memiliki ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang tinggi.
- Perutusan Nabi Muhammad SAW adalah simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam.
Syariah
- Dari sudut etimologi, syara'a bererti sumber air, cara atau jalan yang lurus mengikut Al-Quran.
- Pada sudut terminologi, ia merupakan undang-undang, aturan dan ketetapan Allah kepada manusia dari rasul-rasulNya.
- Menjamin kebahagiaan kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
Manifestasi Syariah dalam Tamadun Islam
- Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas makruf dan mengelak kemungkaran.
Memelihara harta benda
- Islam menetapkan dan memberi garis panduan mengenai hak memiliki harta dan kewajipan mempertahankannya.
- Sesiapa melucutkan harta seseorang tanpa kebenaran seper merompak dikenakan hukuman berat.
- Islam telah mengatur aktiviti ekonomi berpandukan Syariah di bawah muamalat.
Memelihara akal
- Akal menentukan sama ada seseorang itu layak diberi tanggungjawab atau tidak
- Manusia boleh menetukan sama ada sesuatu itu baik atau buruk
- Melarang manusia melibatkan diri dalam perkara yang menggugat kewarasan dan fungsi akal.
Memelihara nyawa
- Hak hidup telah dikurniakan oleh Allah SWT.
- Mati bererti kehilangan nyawa dan hilang daripada aktiviti kehidupan.
- Nyawa tidak boleh dicabut sewenang-wenangnya atau tanpa hak.
- Melanggar peruntukan undang-undang syarak ini dianggap melakukan jenayah dan dosa besar.
Memelihara agama
- Islam adalah nikmat yang paling besar bagi menyelamatkan manusia daripada segala bencana.
- Seseorang yang telah memilih Islam wajib menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim
- Sekiranya keluar dari Islam dikira sebagai murtad.
Keistimewaan Undang-undang Syariah
- Sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan.
- Lengkap mengatur kehidupan manusia.
- Bersifat bersepadu, universal dan tetap.
- Matlamatnya untuk mendapat keredhaan Allah SWT
Akidah
- Pada sudut etimologi 'aqada bererti simpul atau ikat
- Pada sudut terminologi, ia memberi maksud kepercayaan atau keimanan terhadap hakikat dan nilai-nilai mutlak
- Menurut Imam al-Ghazali, ia bermaksud berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebrang keraguan dan syak.